Michael Schumacher Kembali!

Written by Raffiq on February 18, 2010 – 1:58 am -

JANGAN kata tak mahu lagi! Kata-kata itu mungkin ada kait rapatnya dengan pemandu Formula Satu (F1), terutamanya apabila berbicara mengenai juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher.

Bukan setakat pemandu paling kontroversi dalam sejarah F1, pelumba berusia 41 tahun itu juga menjadi pemandu paling tua bagi senarai pemandu 2010, sesudah tiga tahun menyepi diri daripada litar perlumbaan.

Bagaimanapun, jika uji pandu terbarunya dengan Mercedes diambil kira, dia sebenarnya masih pemandu yang sama seperti sebelumnya, dan tidak berkarat langsung.

SOALAN (S): Adakah anda sedar anda seorang yang disukai-dibenci?

MICHAEL SCHUMACHER (MS): Saya fikir jika anda berada di tempat saya, memang ada orang yang lebih mengikuti perkembangan anda dan ada juga yang tidak begitu mengikuti perkembangan anda.
Tapi kemampuan untuk bertahan sebegini lama, saya kadang-kadang terfikir untuk membiarkannya saja. Ia mungkin sama kali ini.

S: Akhir-akhir ini anda kelihatan lebih mengambil berat mengenai apa yang orang fikirkan terhadap anda?

MS: Ya, tunggu sajalah bagaimana musim ini berkembang. Ia satu keputusan yang agak terburu-buru, jadi anda perlu membiasakan diri untuk menyaksikan saya kembali berlumba.

S: Anda kata anda berasa seperti seorang kanak-kanak dengan permainan baru apabila anda memandu di Valencia minggu lalu. Adakah anda masih berminat dengan permainan baru ini?

MS: Sudah tentu, ya.
Untuk memandu kereta seperti ini sekali lagi, satu perasaan hebat seperti yang pernah saya alami sebelum ini mula kembali. Saya sukakan sensasi, seperti selalu. Hanya bateri saya kehabisan pada hujung 2006 apabila saya memutuskan untuk bersara. Saya tidak mahu meneruskannya. Kini bateri saya kembali penuh!

S: Untuk berlumba pada satu petang adalah satu perkara, tapi menyesuaikan diri dengan tugas ujian biasa melebihi tahap 100 pusingan satu lagi perkara. Adakah anda masih berasa selesa?

MS: Saya hanya berasa hebat. Tidak ada masalah langsung, hanya keseronokan sejati.

S: Doktor anda, Johannes Peil, berada di litar di Valencia, tapi tidak di Jerez
Adakah anda berdua pasti anda sudah cukup bersedia?

MS: Beliau berada di Valencia untuk melakukan beberapa pemeriksaan, seperti apa yang dilakukannya kerap terhadap saya sebelum ini. Kami mahu memastikan saya bersedia sepenuhnya, dan pastinya saya bersedia, kerana kami berdua tidak melihat keperluan dia menyertai saya di Jerez.

S: Bagaimana perkembangan hubungan anda dengan rakan sepasukan Nico Rosberg? Ross Brawn berharap anda boleh membantunya matang; Nico berharap anda boleh berkongsi dengannya rahsia kemenangan.

MS: Bagaimana saya boleh tahu? Sayangnya saya tidak boleh meramal masa depan.
Tapi saya hanya mahukan hubungan ini akan jadi baik. Ketika ini ia masih membina dan saya tidak jangkakan ia berubah. Sekilas pandang ia satu perasaan yang bagus untuk berkomunikasi dengan bahasa ibunda, dan ketika ini kami ‘berjiran’ kerana jentera kami bersebelahan satu sama lain di sini di paddock.

S: Hingga kini anda merancang karier dan imej anda secara berhati-hati, tapi fasa ini kelihatan lebih menarik. Apakah bayangan anda terhadap musim ini?

MS: Sekali lagi, sayangnya saya bukannya seseorang yang boleh meramalkan masa depan. Saya percaya dengan pasukan ini dan kepercayaan ini sudah cukup buat saya. Saya sukakan pertandingan dan saya tidak sabar untuk mengambil peluang.

S: Anda sering boleh merumuskan kualiti kereta anda. Apa perasaan anda mengenai MGP W01?

MS: Saya amat yakin kami mempunyai sebuah kereta yang mampu untuk bertarung merebut kejuaraan. Di mana kami sebenarnya agak sukar untuk diperkatakan terutama kerana saya tidak memiliki data daripada kereta tahun lalu.

S: Kurang sebulan sebelum tirai musim dibuka di Bahrain. Apa jadual anda hingga perlumbaan pertama musim?

MS: Kami akan fokus mengenai menyingkirkan sebarang masalah awal, cuba untuk mengoptimumkan kereta, mula bekerja untuk menyelaraskan enjin dan mencari ‘reliability’. Kemudian tunggu saja apa yang boleh ditawarkan Bahrain.


Tags: , , , , , , , , ,
Posted in Uncategorized | No Comments »