Hadi kekal presiden, 5 calon timbalan, 16 calon naib
Written by Raffiq on May 16, 2009 – 7:31 pm -->

Hadi kekal presiden, 5 calon timbalan, 16 calon naib
Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan presiden PAS tanpa bertanding, manakala lima orang dicalonkan untuk bertanding timbalan presiden dan 16 lagi untuk jawatan naib presiden.
Manakala 86 orang lagi dicalonkan untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa pusat PAS.
Dan jumlah ini, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Mustafa Ali adalah yang teramai dalam sejarah pemilihan parti itu.
Abdul Hadi mengekalkan jawatannya selepas menerima pencalonan 136 daripada 137 PAS kawasan.
Satu lagi kawasan – Bukit Bintang di Wilayah Persekutuan – mencalonkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk bertanding presiden.
Untuk layak bertanding bagi semua jawatan parti, setiap calon perlu mendapatkan sekurang-kurangnya dua pencalonan.
Bagi jawatan timbalan presiden, lima orang yang dicalonkan termasuklah penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa.
Tags: Hadi Awang, Pas
Posted in Uncategorized | No Comments »




