Betulkan Myspacetunai ini? Haram ker x?
Written by Raffiq on July 1, 2009 – 11:41 am -->
1- myspace tunai tidak mempunyai apa-apa maklumat tentang latar belakang syarikat.
2- kalau tidak ada syarikat, ini bermakna myspacetunai tidak ada lesen untuk menjalankan perniagaan ini.. kemungkinan ini semua salah disisi undang-undang..
3- myspacetunai.com menjalankan perniagaan yang seakan-akan MLM, tetapi tidak ada maklumat tentang latar belakang syarikat.. untuk menjalankan perniagaan MLM, mesti ada lesen yang sah disisi undang undang..
4- myspacetunai.com mengaburi pihak orang ramai dengan mengatakan mereka tidak menjalankan perniagaan MLM tetapi mereka menjalankan program affiliate.. kalau program affiliate mana ada main level… perniagaan MLM jer yang main level.. nak buat perniagaan MLM mesti ada lesen yang sah disisi undang-undang.. inilah yang sangat meragukan kerana myspacetunai.com langsung tidak diketahui latar belakang syarikatnya..
5- Saya sendiri dah baca maklumat yang terdapat pada bahagian pengumuman di laman web myspacetunai.com yang mengatakan myspacetunai.com tidak melakukan apa- apa yang menyalahi undang-undang… ini menunjukkan jika myspacetunai.com tak salah, kenapa myspacetunai.com perlu buat pengumuman seumpama itu.. ini menunjukkan myspacetunai.com cuba untuk mengaburi pandangan orang ramai dengan dengan mengatakan mereka tidak melakukan perkara yang salah disisi undang undang..
6- Google pun buat promosi link jugak, tapi ada latar belakang syarikat.. tapi myspacetunai.com ni langsung orang tak tahu apa latar belakang syarikatnya.. inilah yang sangat meragukan..
7- Tidak mungkin apabila anda membayar RM49.90, anda akan mendapat software Adobe Photoshop CS kerana setahu saya harga Adobe Photoshop CS yang original biasanya berharga RM300 – RM500 dalam pasaran.
8- Jika anda memiliki atau mengedar software Adobe Photoshop CS yang cetak rompak, anda boleh didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia..
9- Hentikan terlibat dengan myspacetunai.com kerana myspacetunai.com mungkin sedang disiasat oleh banyak pihak berkuasa dan sangat meragukan..
10- myspacetunai.com juga boleh menjadi perosak kepada bangsa melayu kerana myspacetunai mengambil kesempatan ke atas kelemahan pengetahuan orang melayu…
11- Jangan buat perkara yang menyalahi undang-undang.. anda semua boleh didakwa jika didapati bersalah..
12- Hentikan daripada terlibat dengan myspacetunai.com kerana myspacetunai.com sangat meragukan..
SEBARKAN BERITA INI KEPADA SEMUA ORANG YANG TERLIBAT DENGAN myspacetunai.com AGAR SEMUA MEREKA SEDAR SEBELUM PIHAK BERKUASA MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG
Tags: haram myspacetunai
Posted in Uncategorized | 1 Comment »




