Michael Jackson – hebat, kontroversi

Written by Raffiq on June 26, 2009 – 6:48 am -

Kematian Raja Pop Michael Jackson awal pagi ini akibat serangan jantung mengejutkan dunia dan dianggap sebagai satu kehilangan besar kepada para peminat dan dunia hiburan antarabangsa.

Pegawai Koroner Long Angeles, Leftenan Fred Corral memberitahu CNN bahawa Jackson, 50, disahkan meninggal dunia dua jam selepas pasukan perubatan menerima panggilan dari rumah bintang tersebut.

Michael dilahirkan pada 29 Ogos 1958 di Gary, Indiana. Dia merupakan anak ketujuh daripada keluarga sembilan orang.

Lima anak Jackson – Jackie, Tito, Jermaine, Marlon and Michael – membuat persembahan bersama pertama mereka dalam satu pertandingan nyanyian ketika Micheal berusia enam tahun.

Mereka muncul juara dan seterusnya menjadi kumpulan paling paling popular – The Jackson Five, dan kemudiannya The Jackson 5.

Michael membuat album sulungnya pada 1972, dan album Thriller pada 1982, yang terus menjadi lagu top 10.

Albumnya dijual sebanyak 21 juta di Amerika Syarikat dan sekurang-kurangnya 27 juta di seluruh dunia.

Penerima 13 kali Anugerah Grammy semasa hayatnya bergelut dengan pelbagai kontroversi, termasuklah dakwaannya memeluk Islam serta dituduh mencabul kehormatan seorang budak lelaki pada 1993.

Pada November tahun lalu, akhbar melaporkan, Michael memeluk Islam di rumah seorang rakannya Steve Porcaro di Los Angeles.

Turut hadir pada majlis itu penyanyi Yusuf Islam, pencipta lagu David Wharnsby dan penerbit album Philip Bubal.

Beliau dilaporkan memilih “Mikaeel” – sempena nama malaikat pembawa rezeki – sebagai nama Islamnya.

Abangnya Jermaine dilaporkan berkata, pemegang gelaran “penghibur sepanjang zaman” oleh Guinness World Records itu menunjukkan kecenderungan untuk memeluk Islam sejak awal 1990-an.

Michael kaya raya apabila album ketujuhnya Thriller terjual 109 juta keping, membina sebuah rumah mewah di Los Angelas yang dilengkapi dengan taman tema dan zoo persendirian.

Kediamannya itu sering dikunjungi kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan menghidap penyakit yang tidak boleh dirawat.

Di situ beliau bergelut dengan kontroversi yang mendakwa beliau telah mencabul seorang kanak-kanak pada 1993. Beliau diseret ke mahkamah sepuluh tahun selepas itu.

Bagaimanapun, selepas perbicaraan panjang selama dua tahun, mahkamah telah membersihkan namanya dengan mengumumkan beliau tidak bersalah.

Michael menjadi kegilaan anak muda di seluruh dunia dengan suara dan penampilannya yang unik, selain gerak tarinya yang bertenaga di pentas – dikenali sebagai tarian robot dan moonwalk.

Terakhir beliau bergelut dengan tuntutan saman sebanyak AS$7 juta (RM25.26) oleh seorang kerabat diraja Bahrain, Sheikh Abdulla Hamad Al Khalifa kerana didakwa melanggar perjanjian untuk merakam album dan mengadakan konsert di negara itu.


Tags:
Posted in Uncategorized | No Comments »

gathering RAINGERS HUJAN

Written by Raffiq on June 22, 2009 – 8:11 am -


Tags: , , , , ,
Posted in Uncategorized | No Comments »

Kisah Benar Seorang Tan Sri

Written by Raffiq on June 22, 2009 – 7:46 am -

Kisah Benar Seorang Tan Sri

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,

Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh…sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: ………… ……… ……… ……… ……..

Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan. Pendapat anda?

Sila sebarkan!!!


Tags: , , ,
Posted in Uncategorized | No Comments »

Aku sudah mendaftar sebagai Pelajar SPACE UTM

Written by Raffiq on June 16, 2009 – 1:34 pm -

pada 13/06/2009 aku telah pun mendaftar sebagai pelajar UTM Space,hari pendaftaran tu hari paling penat sekali..mane x ye satu hari kt UTM JB dgn perlbagai acara yang patut dilalui,naseb baik semuanya berjalan dgn lancar.

06-15-09-134650

aku akan start kelas pada 11/07/2009,sekrg ni aku tgh pening cm mane nk dtg kelas kt KL,nk naek kereta,motor,bas or KTM,hurm….tapi yg pasti mesti sabtu ahad aku menjadi hari penat,mane x ye penuh dgn kelas hujung minggu,tapi x per nk dpt diploma punye pasal aku sanggup,lagi satu pening pasal pinjaman ni,mane nk dpt,ukan aku byk duet pun nk byar 1 sem dekat RM1500.

06-15-09-134707

x per la,aku try atasi masalah aku satu persatu.semoga aku dpt belajar dgn tenang nati and dpt keputusan yg baek.


Tags: , , ,
Posted in Uncategorized | 3 Comments »

Lagu untuk IBU Ku

Written by Raffiq on June 9, 2009 – 4:10 pm -

“Permintaan”

Binasalah hidupku, dihantui jiwa ku,
yang retak kerana nasib dirimu…

Apa harus ku laku, ku temu jalan buntu,
Dapatkah ku mengantikan dirimu…

Oh Tuhan dengarlah permintaan terakhir aku,
janganlah menarik dia dari sisiku…

Oh Ibu…Oh Ibu

Aku menjadi tak tentu, jangan dekati aku,
tak ingin ku mendengar syarahan mu…

Lakukanlah apa saja, ku terima dengan rela,
tapi jangan engkau suka memaksa…

Oh dunia kenapa engkau penuh luka dan duka,
aku hampir hampa dan tak dapat terima…

Oh Ibu…Oh Ibu

Walau apa yang jadi, terpaksa ku terima dengan rela,
apa yang pasti, akan ku rindu mu setiap waktu…

Oh…Oh…Oh…

Oh Ibu…


Tags: ,
Posted in Uncategorized | No Comments »

aku da potong rambut coz dpt msk UTM

Written by Raffiq on June 8, 2009 – 12:46 pm -

ni la sebab aku potong rambut,
aku dpt msuk UTM untuk diploma civil eng,
so kena la ptg rmbt,lgi pun rimas la rmbt panjang2,awek x suke..hehehe

DULU mcm ni

dsc00883

SEKARANG mcm ni

06-05-09-212237


Tags: ,
Posted in Uncategorized | 4 Comments »

Aku nk bercerita tentang Negeri Ganu!

Written by Raffiq on June 8, 2009 – 12:36 pm -

Pada Jummat yg lepas aku bersama dgn mamber2 aku g la ganu,coz ader keje kawen anak bos aku,semua ye di tanggung sape yg x nk g kn..bersamangat ler nk g,1st time nk g kn..bajet nk gerak pagi tu kul 6 pagi,disebabkan janji melayu kul 7.30 br gerak dr rumah,just naek kereta company kereta iswara malas nk bwk kereta aku,baru lagi siot,sayang…hehehe

gerak dari rawang,bos kata nk sampai umah dia dekat 6jam,berhenti jap kt genting sepah,lalu karak,berhenti g la beli sarapan,punye la mahal aku mkn nasik goreng campur mee dekat RM6,huhuhu,giler la.

lama giler nk sampai kuala ganu,bile sampai je lega rase ye,sebab jalan da la pusing2 pening pale,peratus nk kemalangan tu memang tinggi naseb baek la selamat,sampai2 bos suruh rehat kt homestay,homestay tu umah dia dulu ,skrg ni da dijadi kan homestay,kul 5 adik beradik bos ajak kiterowg g maen fustal,dlm pale aku mesti best ni rmai owg tua2,bile sampai tmpt fustal rupe2 ye yg maen semua bdk2 anak-anak sedara bos,lantak la,maen je la..hehehe,dari umur 6tahun sampai 18thn maen dekat 20owg la satu padang kecik tu..hehehe..

malam lak g la jalan2 kt bandar dia,bos ajak g naek tokang g kampung seblh,tokang tu mcm nk pecah da kiterowg naek,hehehe,tapi best leh nampak bandarnya yg penuh dgn warna warni.

esok ye keje kawen kt umah abg bos kiterowg ditugaskan untuk menjadi tukang clear pinggan dgn gelas,tambah2 lauk,macam2 ler,hahaha,lawak je dtg dri KL jd pelayan,hahaha..sampai la petang blk je terus tdo jap,malam kuar lgi g shopping la ape lgi kt bandar ,aku sempat beli baju 1,stiker chelsea,dgn sepek mata,hehehe,abes dekat rm50 la..pastu tgk konsert stadium lama kn stadium baru runtuh,ader pesta ape tah ader artis ella,siti sarah dgn aizat,best giler x sangka g ganu leh tgk konsert free,hahaha

esok ye kiter owg g la tgk masjid kristal ,lawa beb rugi sape x g.pemandangan kt citu pun best giler,nati aku upload pix bg korang tgk heh.

rase best sgt la ganu cuma aku x dpt mandi pantai je,dtg lgi nati nk mandi pantai lak..hehe,hidup ganu,hidup keropok lekok,hidup penyu,hehehe..

see ya.


Tags: , ,
Posted in Uncategorized | 3 Comments »