Michael Schumacher Kembali!

Written by Raffiq on February 18, 2010 – 1:58 am -

JANGAN kata tak mahu lagi! Kata-kata itu mungkin ada kait rapatnya dengan pemandu Formula Satu (F1), terutamanya apabila berbicara mengenai juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher.

Bukan setakat pemandu paling kontroversi dalam sejarah F1, pelumba berusia 41 tahun itu juga menjadi pemandu paling tua bagi senarai pemandu 2010, sesudah tiga tahun menyepi diri daripada litar perlumbaan.

Bagaimanapun, jika uji pandu terbarunya dengan Mercedes diambil kira, dia sebenarnya masih pemandu yang sama seperti sebelumnya, dan tidak berkarat langsung.

SOALAN (S): Adakah anda sedar anda seorang yang disukai-dibenci?

MICHAEL SCHUMACHER (MS): Saya fikir jika anda berada di tempat saya, memang ada orang yang lebih mengikuti perkembangan anda dan ada juga yang tidak begitu mengikuti perkembangan anda.
Tapi kemampuan untuk bertahan sebegini lama, saya kadang-kadang terfikir untuk membiarkannya saja. Ia mungkin sama kali ini.

S: Akhir-akhir ini anda kelihatan lebih mengambil berat mengenai apa yang orang fikirkan terhadap anda?

MS: Ya, tunggu sajalah bagaimana musim ini berkembang. Ia satu keputusan yang agak terburu-buru, jadi anda perlu membiasakan diri untuk menyaksikan saya kembali berlumba.

S: Anda kata anda berasa seperti seorang kanak-kanak dengan permainan baru apabila anda memandu di Valencia minggu lalu. Adakah anda masih berminat dengan permainan baru ini?

MS: Sudah tentu, ya.
Untuk memandu kereta seperti ini sekali lagi, satu perasaan hebat seperti yang pernah saya alami sebelum ini mula kembali. Saya sukakan sensasi, seperti selalu. Hanya bateri saya kehabisan pada hujung 2006 apabila saya memutuskan untuk bersara. Saya tidak mahu meneruskannya. Kini bateri saya kembali penuh!

S: Untuk berlumba pada satu petang adalah satu perkara, tapi menyesuaikan diri dengan tugas ujian biasa melebihi tahap 100 pusingan satu lagi perkara. Adakah anda masih berasa selesa?

MS: Saya hanya berasa hebat. Tidak ada masalah langsung, hanya keseronokan sejati.

S: Doktor anda, Johannes Peil, berada di litar di Valencia, tapi tidak di Jerez
Adakah anda berdua pasti anda sudah cukup bersedia?

MS: Beliau berada di Valencia untuk melakukan beberapa pemeriksaan, seperti apa yang dilakukannya kerap terhadap saya sebelum ini. Kami mahu memastikan saya bersedia sepenuhnya, dan pastinya saya bersedia, kerana kami berdua tidak melihat keperluan dia menyertai saya di Jerez.

S: Bagaimana perkembangan hubungan anda dengan rakan sepasukan Nico Rosberg? Ross Brawn berharap anda boleh membantunya matang; Nico berharap anda boleh berkongsi dengannya rahsia kemenangan.

MS: Bagaimana saya boleh tahu? Sayangnya saya tidak boleh meramal masa depan.
Tapi saya hanya mahukan hubungan ini akan jadi baik. Ketika ini ia masih membina dan saya tidak jangkakan ia berubah. Sekilas pandang ia satu perasaan yang bagus untuk berkomunikasi dengan bahasa ibunda, dan ketika ini kami ‘berjiran’ kerana jentera kami bersebelahan satu sama lain di sini di paddock.

S: Hingga kini anda merancang karier dan imej anda secara berhati-hati, tapi fasa ini kelihatan lebih menarik. Apakah bayangan anda terhadap musim ini?

MS: Sekali lagi, sayangnya saya bukannya seseorang yang boleh meramalkan masa depan. Saya percaya dengan pasukan ini dan kepercayaan ini sudah cukup buat saya. Saya sukakan pertandingan dan saya tidak sabar untuk mengambil peluang.

S: Anda sering boleh merumuskan kualiti kereta anda. Apa perasaan anda mengenai MGP W01?

MS: Saya amat yakin kami mempunyai sebuah kereta yang mampu untuk bertarung merebut kejuaraan. Di mana kami sebenarnya agak sukar untuk diperkatakan terutama kerana saya tidak memiliki data daripada kereta tahun lalu.

S: Kurang sebulan sebelum tirai musim dibuka di Bahrain. Apa jadual anda hingga perlumbaan pertama musim?

MS: Kami akan fokus mengenai menyingkirkan sebarang masalah awal, cuba untuk mengoptimumkan kereta, mula bekerja untuk menyelaraskan enjin dan mencari ‘reliability’. Kemudian tunggu saja apa yang boleh ditawarkan Bahrain.


Tags: , , , , , , , , ,
Posted in Uncategorized | No Comments »

Khairy leads Umno Youth in protest against Australia

Written by Raffiq on February 18, 2010 – 1:53 am -

Hundreds of demonstrators massed outside the Australian High Commission today to protest against criticism of opposition leader Anwar Ibrahim’s sodomy trial.

Sumber Dari MalaysiaKINI


Tags: , , , , , , , , ,
Posted in Uncategorized | No Comments »

Inginkan Duit percuma dari CatchEye!Cepat sebelum ditutup!

Written by Raffiq on February 18, 2010 – 1:48 am -

Salam..Tolong baca ni..1 sen pun tak payah keluar duit.
daripada korang on9 je, hasil pon xde, mesti BOSAN kan???
haaaa, nie die…sambil on9, sambil cari duit..
beri saya masa 5 minit je boleh? mari sertai saya di catcheyes
jom..
Catcheye adalah sebuah syarikat pengiklanan terbaru di Malaysia,
apa yang menariknye anda dibayar untuk setiap iklan yang anda lihat
disini,
ya,mudah saja,klik2 iklan tak sampai seminit dah dapat duit,
malah mereka membayar kita sehingga level 4 secara infiniti..
katakan anda menaja 10 orang di level 1, kemudian mereka menaja 10 orang lagi
sehinggalah 4 level, tahu tak awak akan peroleh RM11 jika
sehari mereka klik untuk 1 iklan, kalau sehari mereka klik 10x anda
peroleh RM11×10=RM110 jika sebulan anda akan peroleh RM110×30=RM3300..
banyak tu .. awak tak nak ke? ayohlah sertai saya..benda ni 100%
percuma..tak perlu modal cuma perkenalkan kepada 10 orang je..benda
free xkan tak boleh ajak..
untuk maklumat awak,keahlian catcheye hampir
mencecah 30,000 orang sekarang.. jangan berlengah lagi..Ini bukan
penipuan..
http://www.catcheye.com.my/?r=62389

Cara nak register:
1.klik link yg kt bwh skali…
2.klik join catcheye now
3.isi maklumat diri,IC dan alamat (penting
sebab cek dihantar berdasarkan ini selepas cukup RM50)

4.Isi jawapan:
soalan 1 jawapan A (atas sekali),
soalan 2 jawapan B (yang tengah),
soalan 3 jawapan A (atas sekali).
p/s (jika jawab salah pendaftaran tidak diterima)
5.klik agree and proceed..Ok siap

kemudian apa perlu buat?
1.klik sign in
2.lepas sign in klik
reward panel
3.Awak lihat akaun awak ade RM1 (bonus) dan link awak.
4.Copy link awak dan gantikan link saya ini dengan link awak.
5.invite orang sign up kt link awak dan postkn risalah saya ni kat buletin myspace & emailkan kepada kawan2.
6.Lihatlah tak sampai sebulan awak dah ade 10 orang di level 1.
percayalah!sebab
benda ni 100% percuma REZEKI TUHAN YG BG..TP,KITE KNE USAHA JGAK KN??
TGGU APE LG?? J0MLA J0IN.. =)
DAFTAR KAT LAMAN WEB BAWAH NI…
FREE JE…XTIPU…
XSALAH KALU CUBA… JOM2..

msuk laman web ni…

http://www.catcheye.com.my/?r=62389

pas2 awak sign up dalam link ni…
invite la ramai2..

Catcheye.com.my | A different approach to advertising
www.catcheye.com.my
Catcheye is an online advertising platform where we reward everyone for viewing ads. Earn reward points by viewing our ads, which can converted into cash or other prizes.
Catcheye.com.my | A different approach to advertising
www.catcheye.com.my
Catcheye is an online advertising platform where we reward everyone for viewing ads. Earn reward points by viewing our ads, which can converted into cash or other prizes.
Catcheye.com.my | A different approach to advertising
www.catcheye.com.my
Catcheye is an online advertising platform where we reward everyone for viewing ads. Earn reward points by viewing our ads, which can converted into cash or other prizes.
Catcheye.com.my | A different approach to advertising
www.catcheye.com.my
Catcheye is an online advertising platform where we reward everyone for viewing ads. Earn reward points by viewing our ads, which can converted into cash or other prizes.


Tags: , , , , , , , ,
Posted in Uncategorized | No Comments »

Fakta tentang RON 95 & RON 97.

Written by Raffiq on September 1, 2009 – 5:13 pm -

DI Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama. RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar.

RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.

Bermula 1 September ini, klasifikasi penjualan minyak petrol di negara ini akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97.

Dalam jangka masa kurang dua bulan dari sekarang, RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter, manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.

Apakah kesannya kepada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu diketahui tentang asas RON itu sendiri.

Di seluruh dunia, pencemaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran umum. Justeru itu, kualiti bahan bakar ditingkatkan. Jurutera bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin dengan sistem pembakaran moden yang mampu beroperasi menggunakan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga diminimumkan.

Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut? Langkah paling mudah adalah melihat pada penutup petrol.

Jika ia tidak dinyatakan, rujuk buku panduan kenderaan. Biarpun begitu, tidak semua pengeluar kereta menulisnya dalam bentuk angka. Sebahagiannya ditulis dalam istilah leaded dan unleaded.

Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di Malaysia (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded). Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B.

Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.

Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius. Anda mungkin biasa menonton iklan bagaimana petrol di stesen A berupaya membersihkan enapan karbon pada injap dan omboh. Adakah ia sekadar gimik?

Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.

RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.

Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio?

Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking).

Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana.

Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95.

Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku.

Petrol yang baik bergantung kepada pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan pada awal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama.

Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.

Jangan percaya pada pandangan salah. Terlalu ramai ‘pakar’ automotif hari ini. Cuba taipkan RON dalam Yahoo Malaysia, nescaya pelbagai forum akan membincangkan tentangnya.

Baca dengan teliti kerana sebahagiannya memberi fakta yang songsang. Ringkasnya begini, mengapa anda perlu membeli pakej Streamyx 4.0 mbs sedangkan kelajuan 384kb sudah mencukupi untuk hanya memeriksa e-mel dan membaca kosmo.com.my?

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH


Tags: , ,
Posted in Uncategorized | 1 Comment »

Ron 97 or Ron 95 baik untuk Viva?

Written by Raffiq on September 1, 2009 – 5:01 pm -

ape minyak pilihan anda?

RON 97 or RON 95

cost or bgs tuk kereta.

korang rase ape jenis minyak yg bagus dari segi penjimatan,baik tuk kereta anda terutamanya kereta ViVa

saya rase saya memilih RON 95 tetapi x taw nk isi kt mane?Petronas,Shell,Esso?

mane yerk?korang rase best jimat,and lancarkan perjalanan kereta.

ni semua gara-gara harga minyak naik.

tolong saya selesaikan benda ni..


Tags: , , , , , , , , , ,
Posted in Uncategorized | No Comments »

Hujan 3 Top Song 2009

Written by Raffiq on August 26, 2009 – 4:34 am -

Klik utk Download HUJAN-MENCARI KONKLUSI

Klik utk Download HUJAN-SANGKAR BESI DI HATIKU

Klik utk Download HUJAN-OBSESI


Tags:
, , , , ,
Posted in Uncategorized | 1 Comment »

Lan Vokalis Meet Uncle Hussain Disingkir?

Written by Raffiq on August 26, 2009 – 4:30 am -

Dengarnya, Meet Uncle Hussain akan kehilangan vokalisnya, Lan. Berpunca daripada beberapa masalah dalaman, akhirnya, Lan terpaksa keluar dari band indie paling popular ini. Namun, nama Meet Uncle Hussain tak berkubur, Lan akan digantikan dengan vokalis yang baru.

kini Azlan telah mempunyai band sendiri,nama band tersebut Azlan & The Typewriter

dgn lagu hit mereka Kelibat Si Penyair

Klik utk Download Azlan The Type writer-Kelibat Si Penyair


Tags:
, , , ,
Posted in Uncategorized | No Comments »

sape leh tlg aku wat kan soalan add math?

Written by Raffiq on July 28, 2009 – 4:29 pm -

pening aku di buat Mr.Math ni…
da la lama aku tinggalkan zaman SPM dulu
mane nk igt lgi da..
mane nk belajar ni?
mati kutu aku di buat ye..


Tags: , , ,
Posted in Uncategorized | No Comments »

Cinta?Love?Raffiq?

Written by Raffiq on July 28, 2009 – 4:23 pm -

frist nk cerita pasal awek2 aku yang ditinggalkan & aku tinggalkan

1.Jue(Juliana) asal Melaka,skrg ni x taw la kt mane,dulu masa tingkatan 3 best la hari cuti je g lepak melaka dgn jue,g tgk wayang,jalan2 kt MP,aku kenal dia ni pun dalam chatting,dalam 6bulan kowt bertahan kapel ni..putus coz tah ler.dia da ader owg laen or aku yang x sesuai tuk dia.


2.Syanaz(nama penuh aku x igt ler)
dia ni sama jugak kenal masa chatting kt kampung chat,pasal ni lgi lawak aku kena tipu dia menyamar mengatakan dia ni umur sebaya dgn aku,last2 aku dpt taw masa 1st date nk kuar dgn dia.umur dia 2tahun atas aku,aku pun anggap dia mcm kakak,kadang2 mcm awek?tah la..putus coz lama x berhubung mungkin dia da kawen kowt.

3.Ezum,mama(Haizum Izyan)
dia ni aku kapel sebab masa tu mak aku meninggal so aku rase sunyi sgt,so aku cr la sorg awek yang leh hiburkan hati aku,masa tu dia 1 kelas dgn aku,aku kawan dgn dia lama da dari tingkatan 1-5 tapi kapel dari tingkatan 3,dia ni suke tlg aku mcm2 la wat kn keje sek,uruskan pasal sek,semua dia wat,kira idup aku masa tu tersusun,tapi 1 je aku x suke pasal dia,dia mcm budak2 ckit,susah nk berubah,tah la sekrg x taw la kn,mungkin masa tu masa zaman sek,putus mcm2 dugaan ader last aku dpt msk IKM dia belajar kt KL so lama x jumpe then,aku pun rase semcm je dgn dia aku pun putus,tpi 3 tahun jugak la bercinta dgn dia,x ader jodoh kowt.bile igt balik cinta monyet ni susah nk kekal kalu dua2 pasangan x sama pandangan & memahami

4.Nadira,My Sweetheart(Nadira Binti Abdul Samad)
ni cinta ku yang sekarang ni.aku kenal dia masa belajar kt IKM Lumut ,masa tu igtkan nk jd kn dia akak angkat but bile aku kenal dgn dia aku rase jatuh cinta dgn dia,aku kapel dgn dia pun lepas aku tinggalkan ezum tu then dia pun masa tu da putus dgn bf dia,so aku msk line la,dgn dia aku rase disayangi,& aku da mula untuk bina hidup baru yang berpandangan ke hadapan aku jd kan dia sebagai satu matlamat,matlamat ye mcm ni bile satu hari nati aku nk kawen dgn dia ,aku mesti ader segala2 nya x kira la duit harta&ilmu untuk menyara dia nati,so aku bekerja keras tuk dapatkan dia.sekali gus aku dpt ape yang aku cita kan & dapat bahagia kn dia,aku harap dia ni la owg terakhir yang aku cintai….

(semua ni aku tulis untuk igtan aku supaya aku igt ape yg telah aku buat & aku akan tebus semua tu dgn kejayaan satu masa nati)

*cerita disini tidak ditulis 100% ianya telah pun ditapis.

Sekian,

Raffiq


Tags: , , , , , , , ,
Posted in Uncategorized | 2 Comments »

Black Mentor 3 – Aku Rindu Sayang Kamu (Live)

Written by Raffiq on July 21, 2009 – 3:18 am -

Klik utk Download Black-Aku Rindu Sayang Kamu

siang dan malamku kini menjadi satu
Terasa Sedihku Tiada Kamu
Apakah Ini Di Namakan
Cinta Oh
Menjadi Aku Yang Hina

Apakah kau Tak Sepertiku
Rasa Hari-Hari ku Tak Menentu
Bagaikan lilitan terikat dijantungku
Terasa Sungguh

Aku Rindu Sayang Kamu
Matamu Aku Cinta
Kepada MU Sayang Kamu

Apakah Kau Rasa Sepertiku
Rasa Hari-hariku tak Menentu
Bagaikan lilitan terikat dijantungku
Terasa Sungguh


Tags:
, , , , , , ,
Posted in Uncategorized | No Comments »